Sunday, February 17, 2013

Semangat yg hilang???

hokeh, hakak rasa hakak dah pernah cerita napa hakak buka blog kan? for the first hakak x sukah memblogger nih.... hakak create blog pun sebab nk baca satu blog fav hakak, tp hakak dah lama x baca blog tu rasanya hakak pun dah di "remove" dr blog dia, sedih dah x dpt baca, tp tu la sapa suruh salah diri sendiri jgk kan.... menagis air oren... (kao ado??? nan ado kan.. hah ayat2 ni slalu blogger tu guna dlm entry dia dulu).. so, that is how this blog exist.

okeh, korunk smua mensti pernah mimpi kan, hmm, nk di jadikan ceritera, ari tu aq mimpi sesuatu yg agak pelik,  emm, aku mimpi aku bersama seorg kawan lelaki dan seorg kawan perempuan and at the end of the dream one of my cousin suddenly appear and bring me away from two of my friends. dan kezen aq yg muncul tu adalah seorg lelaki dan aq jarang sgt berjumpa dgnnya, untuk makluman dia sorg yg belajar ilmu perubatan islam, belajar ilmu alam yg satu lagi (alam ghaib). Then, after a long thinking i decide to tell him bout my dream, and this is some of our conversation;

me: Salam. Atim ari tu tba2 kak ada mimpi. Tba2 ko ada dlm mimpi tu

him: wslm. uhuuhu... apa yg di mimpikn tu??

me:masa tu kak d tepi tasik atau laut dgn 2 org kwn tgh sdh, kwn laki n kwm pompuan. Tba2 ko dtg trus bwak kak main lari2 tepi air tu

him: kwn kakak tu sapa??apa yg aku ckp ngn kakak dlm mimpi tu??
kakak masih ingt bju yg kwn kakak tu pakai??
warna nya..
kwn kakak tu kakak prnah jmpa x sblm nie???atw mmang x knal..
me: tu yg xpasti sb xdpt nk cam... Xingt da. Kak try ingt blik2 xdpt.

 itu sedikit perbualan kami
dan, ini konklusinya;

him:urm..lau kak p jln ka..keja kaa...atw mna2 pun..sntiasa jaga tingkah laku laa...perckapan..pergerakan..sbb mgkin tym kak jln sna sni??dlm x sdar ada org yg skit hati ngn kakak dan mungkin dia  da buat2 tu ini...okey...???dan 1 lg lau kakak cri kwan tu biar la dia yg trbaik..jgn smpai slah cri kwn....kekadang kwn nie bleh jd mslah gk ngn kita...tu yg aku ckp sntiasa brwspda , brhati2 dan sntiasa brjga2...lau org tu skit hti dgn kita..tp dia nk settle kn dpn2 x pa jgk...tp yg buat2 d blkang2 tu yg pyah...
tp yg aku bleh ckap lg..smua tu mhluk...jgn prnh ada rsa tkut dgn mhluk...krna bila kta ada rsa takut dgn mahluk.??maka allah akn titip kn rsa tkut kta tu hnya pda mahluk dan bkn rsa tkut pda allah..
me:owh. Mcm tu. Mekasih r. Insyallah. Kak akn jg. Insyallah.
owh ya. Pd pndptmu prlu ka kak pg brubat? Hehe

him: xapa jgk kak...smngt kakak kuat..ble lawan jgk tu...tp pompuan nie akn lmah bla wktu haid.....jd kakak msti kuat...k


insyallah aq akan kuat, kerna bila kita percaya pada Allah tiada kuasa lain yg mampu jatuhkan kita.
dia ckp semangat ku kuat, dan semua tu dari Allah, kita x punya apa pun, kita x mampu buat apa2 pun, "la hawla wala quwata ila billah"

owh ye, next entry aq akan kongsi beberapa ayat2 yg baik tuk di jadikan amalan seharian pelindung diri dan jua tuk akhirat kita. ayat tu la yg sentiasa aku amalkan seharian, mungkin tu jgk yg adik sepupu ckp "semangat kakak kuat". semua tu dari Allah. kita tidak punya apa2. insyallah kita berpegang pada Allah, kita selamat dunia akhirat.

pastikan sentiasa mengukir senyuman

Wednesday, February 13, 2013

Ajari aku


Ajari aku tuk bisa menjadi yg Engkau cinta, agar kubisa memiliki rasa yg luar biasa utkku dan utknya...

kuharap Engkau mengerti akan semua yg kupinta kerna Kau cahaya hidupku mlmku tuk terangi jlnku yg berliku...

hanya Engkau yg bisa, hanya Engkau yg tahu hanya Engkau yg mengerti semua inginku..

mungkinkah semua akan terjadi pada diriku...

hanya Engkau yg bisa mencintaiku...

Ajari aku tuk bisa mencintaimu....






Mata berhentila kau menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali
Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir......


Tuesday, February 12, 2013

JUz Try

Assalamualaikum...

Hola all,
huh! HUh!, nampak x peluh jantan hakak meleleh2 ni, meh tlg lap kan cepat. akak penat okeh, apa x nya blog ni sangat2 bersarang,  banyak sangat la spider web. apa nama, sarang lelabah ea?gilos fenat hakak nk ngelapnye...

hakak hampir lupa dik, i almost forgot that i own a blog which is this. bukan almost okeh, tp mmg lupa terus, and dunno how so sudden i found it back. Bila aku baca balik all the "entry" i've wrote, ouchhhhh kinda suck. Agak melucukan, bukan lucu apa tp entry yg agak x menyihatkan, sgt x matang kut, sgt memalukan. maluuuuuu okeh, then aku gelak2 sendiri baca balik

Ada gak entry aku meluahkan perasaan pasal hamba Allah yg bergelar lelaki, and i try to rewind back who is the guy, but then me can't remember who is him. hehehe, mmg sgt melucuhkan... okeh2 sudah la, biar kan sajah entry2 lama itu di situh, sebagai kenangan silam gittew. aku rajin nanti aku padam larh.

My life now???

Yah, hakak masih single, sila tepuk tangan semua, jejaka2 di luar sana no worries okeh, anda masih berpeluang.. mati la mcm ada yg mahu kan.. kao mahoo kah?? x mahoo kan.. tutup muka ngan bantal, saya maluuuuuuu.... tiada yg mahuuuuuuu...... :-P

hmmm, kome semua mesti ada laman sosial kan? tipu la xde, at least got one or two or more kan, fb, twitter, myspace and so on lah. nak di jadikan cerita, aku ada dpt mesej dari satu laman sosial ni, dr seseorg, mesej itu berbunyi "sampai hati kan..hermmm"
owh okeh aku faham, mesti sebab aku dah unfriend dia, aku da removed id dia, yes fine aku mmg removed id dia, tp lagi dasyat dia block aku okeh, aku mmg sentap jgk mula2 tu... skg ko tgk sapa yg sampai hati??? hah ko tgk, patot x dia msg aku mcm tu, hah, tp aku diam je, xckp pape, aku diam seribu bahasa... sampai la skg ni tetiba segala2nya terbongkar yg dia mmg x block aku pun, godam sana godam sini mmg dia x block aku, tp napa aku x leh nk view dia, kitorg dah abis godam akaun dia, tp x tahu la napa leh jadi mcm tu.
ntah lah, aku pun mls dah nk pk, korg ada x pengalaman mcm ni, apasai ha????

nanti la aku pk kan lagi cara nya, mls nk semakkan otak. dah aku pun dah penat, ni saja entry pembukaan dr i'ol. u'ol sebelum tido sila berwuduk, baca fatehah, 3 qul, ayat kursi dan sapu keseluruh badan ya.. salam sayang dr hakak... (^____^)

perbanyakkan selawat ye.






Wednesday, December 1, 2010

Sunday, October 17, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

by Nor Abu on Friday, August 6, 2010 at 6:57pm
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
 
wallahua'lam

Saturday, July 24, 2010

Jika....

aku sangat suka doa ini..
Ya Allah.. dengarlah rintihan hambaMu

ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
izinkan la aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati
jagala hati ku agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya rabbul izzati
jika aku rindu,
rindukan la aku pd seseorang
yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
jangan biar aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru cinta manusia kpdMu

Ya Allah,
Jika Kau menghalalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada mu... Amin...

Wednesday, July 14, 2010

H.U.J.A.N

sejak kebelakangan ni hujan asyik turun. rahmat dr ilahi.. huh, terasa aku seperti jauh drNya. byk benda yg berlaku seperti lupa apa yg telah ku lakukan...

hari ni aku menangis lagi. ntah tuk ke berapa kali....
tatkala ini  aku mengalirkan airmata, namun dalam masa yg sama masih terus bermesej dalam nada biasa, nada bertanya menggembirakan si dia.namun di sini aku menagis...
aku selalu bertanya, mengapa aku sentiasa wujud untuk membuat orang gembira, membuat orang bahagia namun aku sendiri duka. mengapa setiap kali bertemu seseorang, aku yg akn membuat mrk bahagia gembira namun aku memendam segala perasan sendiri. mengapa, mengapa aku xmampu untuk meluah. mengapa, mengapa mesti aku merasakan sakit itu. aku terus bertanya mengapa..walau ku tahu ada ketentuan di sebaliknya...

aku sangat penat.... aku sangat penat untuk bertemu dengan insan yg bergelar lelaki... aku sangat sakit untuk bertemu mereka.... sudah, cukup lah..... aku sangat sakit sehingga kini.. mengapa, mengapa aku sentiasa bertemu orang yg salah... aku... aku sangat sakit... luka....
kamu x perlu ada risau di hati... kamu x perlu ada sakit di hati.. kamu telah punya yg lain, jika aku pergi, jika aku hilang pun kamu x akan rasa sakit itu.. tp aku, aku sendiri yg menanggung semua itu... pd siapa harus mengerti perasaan ini.... pd siapa harus ku lontarkan rindu ini... pd siapa harus ku luahkan perasaan ini... kerna aku tahu pengakhirnya pasti aku yg aku terluka sendirian... bukan kalian...

aku seolah-olah tempat luahan perasaan kalian, tempat kalian meluahkan kasih, meluahkan syg, meluahkan rindu..kamu rindu pdku, kamu syg pd ku kamu jua cinta pdku... tp aku hanya la pilihan sementara kamu, dlm masa yg sama kamu telah memiliki yg lain. aku x pasti benarkan perasaan kamu pd ku, tapi yg pasti, walau pun benar aku hanya pilihan kedua kamu... yg x bisa untuk di pilih... aku...  x bisa memiliki... hanya bisa mengalirkan sendu di hati...sendiri.....

sendiri... aku mmg sendiri meniti perasaan ini... sendari dulu hingga kini... mengapa, aku hanya memendam sendiri, perasaan yg hadir dlm diri ini mengapa x bisa tuk luahkan... mengapa x bisa tuk ku gapai bintang di langit itu, sangat jauh hanya mampu ku pandang... percaya la sampai bila pun, aku x mamapu mencapainya hanya memandang redup akan sinar kebahagiaan bintang itu bersama pilihan nya..

meluah pasti x perlu tuk ku meluah... kerna ku tahu jawapan nya ttp bukan aku... meluah... pasti x perlu tuk ku meluah kerna ku tahu jawapannya aku akn terluka.. meluah... pasti xperlu tuk ku meluah, kerna ku tahu esok sinar itu akn pergi... dan aku masih sendiri dan tercari-cari...

sepi seorang perindu.. sampai bila harus ku menunggu...
amat sakit bila merindu..apalagi andai dia pasti bukan miliku..

aku hanya mampu tersenyum melihat kebahagiaan kamu,
berpura-pura x rasa cemburu..
dan akan pergi saat x di perlu...

saat ini aku akan buat kamu gembira bahagia, walau aku menagis..
xkan biar kamu sedih kerna ku.. buatkan hari2mu indah selalu..
dan pasti kamu x kan tahu kesedihan ini, ku hanya paparkan kegembiraan buatmu..
samapi masa aku akan pergi mengundur diri, bila kamu telah bersatu dengannya..
sepertimana yg telah ku lakukan sebelum2 kamu, terdahulu lagi..

dan aku menangis lagi... tp tetap aku gembira bila kalian sudah bahagia.
kenang daku dlm doa kamu..