Saturday, September 26, 2009

Arjuna

ku peluk indah kemanisan cinta ini, semuanya ku rasakan indah...
bagaikan di alam cerita cinta yang hadir bahagia selama-lama..
mengapa kasih tiada kau percaya kebenaran cerita cinta kita.
waktu yang berlalu ini ku rasakan lambat, bagai merantai perjalanan ini,

mengertikah engkau perassan ku ini tak terhapuskan,
malam yang menangis membasah seluruh tubuhku,
ku cuba pertahankan buih-buih cinta yang kian rapuh.
apa yang kugenggam takkan mudah untuk aku lepaskan sayang..
aku terlanjur mencintaimu sayang, telah ku berikan seluruh hatiku padamu
tapi mengapa kau tega melakukanku sedemikian rupa..
aku pun tak mengerti apa yang terjadi, apa salah dan kurangku padamu...

jelaskan padaku kekasih isi hatimu itu
berapa besar kau yakin padaku, untuk tetap bisa bertahan denganku menjaga cinta ini.
pertengkaran yang terjadi, menjadi alasan mu untuk mencari kasih lain..
mengapa kasih.. mengapa selalu aku yg mengalah,
tak pernah kah kau berfikir sedikit tentang hati ku
mengapa ku yang harus selalu mengalah kasih....
pantaskah hatimu masih bisa bersamaku.
kini  telah terlambat untuk disalahkan kerna sekali cinta, aku tetap cinta.

bagaimanakah lagi untuk aku buktikan cinta ini,
selamilah pada kejujuranku,
jadikanku puteri dihatimu arjunaku..

Friday, September 25, 2009

Get Up

Salam Lebaran. selamat hari raya maaf zahir batin.
mohon maaf semuanya.. halalkan segalanya..

PETROLEUM..
aku amek subjek ni, tapi aku baru masuk kelas 2kali, final exam tinggal 3 minggu saja, minggu depan ada ujian petro, tapi nota satu apa pun aku xada. habis la aku. napa aku teruk sangat ni. projek pun lom siap lagi, gila2 teruk..

ayuh bangun, bangkit, buat senaman sikit, goyang-goyangkan bontot, gelek-gelekkan pinggang, gegar-gegarkan segalanya yang patut..
bangun makcik, bangun.. ke garisan.. sedia... lari... huh, tapi badan tetap tak bergerak dari katil. pemalas gilak..

Oii makcik, tak sedar kah?? result ko dah jatuh sem lepas, mau jatuh lagi kah? ko kata maw first kelas kan? lau macam ni, pointer ko memang x naik2 la... ko maw jatuh tersungkur lebur kah? dari 3.70 turun ke 3.20, ko masih tak serik2 lagi kah. punya teruk result ko tu, malu gila aku tengok.. ko tak malu kah... result hampeh, xmalu ka konvo nanti ko jadi orang2 terakhir yang amek scroll tuh.. lau mak ayah ko datang lagi nanti lagi la malu.. buruk gila keputusan macam tu.. malu la sikit, ko tak malu ka?? hah kalau malu, apa lagi, jangan asyik enjoy, jangan asyik ikutkan malas ko tu, sedar sikit.. kalau ko usaha sikit, insyallah boleh naikkan CGPA ko tu. insyallah boleh 3.5 above.. tapi itu pun kalau ko usaha +doa+tawakal, ni aku tengok ko punya la malas nak usaha.. memang malas gila.. kuatkan semangat sikit, tinggal satu sem ja lagi, lawan segala macam perasaan yang ada, orang lain tak akan tolong ko makcik, segala perasaan kecewa, sedih, putus cinta ke hapa tak akan bantu ko apa-apa pun, menjatuhkan ko ada lagi, ko kena ingat, lelaki tu bukan yang terbaik untuk ko. ko mampu dapat yang lebih baik lagi okeh.apa-apa pun doa jangan lupa, hormat ibu bapa ko k. buang ego dalam hati ko tu, ego tu milik Allah.. ko x punya semua tu... hah ingat semua apa yang aku cakap ni!! padan muka ko kena bebel.. hehe..

Wednesday, September 16, 2009

JiWa Ini

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang
Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul,
Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur
Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah
Di Sebalik Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup,
Yang Lain Akan Terbuka
Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang
Telah Tertutup Itu
Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telah pun Dibukakan Untuk Kita.


Kawan Yang Paling Baik Ialah
Seseorang Yang Anda Boleh Duduk
Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama
Tanpa Berkata Apa-Apa Pun
Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami.
Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita
Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita
Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah
'Ia' Datang.


Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang
Mereka Akan Menyintai Anda Kembali!
Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka
Tapi Sekiranya Ia Tidak,
Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda.


Ia Cuma Mengambil Masa Seminit
Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang,
Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang,
Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang
Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang Hidup
Untuk Melupakan Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu.
Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut.
Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum
Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman
Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram.
Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum.


Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan Seseorang
Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda
Dan Memeluknya Dengan Sebenar.
Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda Tujui
Dan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan
Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan
Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua
Perkara Yang Ingin Anda Lakukan.


Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Diri Anda Menarik,
Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat,
Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan
Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia.
Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.
Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda,
Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga.
Kebahagiaan Seseorang Manusia
Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik.
Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam
Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka.


Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis,
Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari
Dan Mereka Yang Telah Mencuba.
Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai
Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.
Cinta Bermula Dengan Senyuman,
Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan.
Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan
Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan.
Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna
Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.


Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum.
Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda
Pula Yang Akan Menangis.

Wednesday, September 9, 2009

J>A>N>T>A>N

sebenarnya entry ni aku mahu mencarut, mahu memaki-maki, dengan  seorang jantan mati pucuk yg aku x kenal tetiba maki-maki aku... tapi aku kuat kan hati.. sabar.. sabar.. x apa, biaq p kat hang, p mampus la dengan ayat-ayat kau tuh, aku x kan mati dengan makian kau tuh.. sabar... sabar... yang aku x puas hati aku x kenal siapa jantan tuh. huh.. memang x puas hati, jantan tu pun xkenal aku, entah apa mitof dia jadi gila tengah2 malam di bulan puasa nih.. sesungguhnya bersabar itu baik.. dan aku ingat pada sepotong ayat
"orang yang mengutuk orang lain, yang memburuk-burukkan org lain sebenarnya merakala yang lebih buruk dari itu" itu menjadikan aku xmahu maki-maki jantan tuh lebih-lebih...

maaf agak kasar sedikit entry ini..