Wednesday, September 16, 2009

JiWa Ini

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang
Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul,
Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur
Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah
Di Sebalik Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup,
Yang Lain Akan Terbuka
Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang
Telah Tertutup Itu
Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telah pun Dibukakan Untuk Kita.


Kawan Yang Paling Baik Ialah
Seseorang Yang Anda Boleh Duduk
Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama
Tanpa Berkata Apa-Apa Pun
Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami.
Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita
Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita
Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah
'Ia' Datang.


Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang
Mereka Akan Menyintai Anda Kembali!
Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka
Tapi Sekiranya Ia Tidak,
Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda.


Ia Cuma Mengambil Masa Seminit
Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang,
Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang,
Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang
Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang Hidup
Untuk Melupakan Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu.
Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut.
Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum
Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman
Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram.
Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum.


Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan Seseorang
Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda
Dan Memeluknya Dengan Sebenar.
Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda Tujui
Dan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan
Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan
Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua
Perkara Yang Ingin Anda Lakukan.


Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Diri Anda Menarik,
Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat,
Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan
Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia.
Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.
Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda,
Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga.
Kebahagiaan Seseorang Manusia
Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik.
Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam
Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka.


Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis,
Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari
Dan Mereka Yang Telah Mencuba.
Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai
Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.
Cinta Bermula Dengan Senyuman,
Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan.
Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan
Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan.
Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna
Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.


Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum.
Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda
Pula Yang Akan Menangis.

No comments:

Post a Comment