Wednesday, October 14, 2009

untuk tatapan ukhti

seorang wanita tu bila nak cantik ..sila amalkan 3 perkara


1- baca al-quran pagi dan petang

2- makan madu

3- pakai perhiasan emas agar kulit lebih ayu dan lembut. oleh sebab itu  salah satu hikmah haram lelaki memakai emas..takut ia menjadi pondan  kerana menjadi ayu dan lembut.

tambah lagi sayang... sila baca maatsurat yang di himpun oleh tok syeikh  hasan albanna tu.

sangat baik untuk dunia dan akhirat..

wallahualam

Monday, October 12, 2009

Hari ini 12 oktober

Today is mama birthday.


SELAMAT HARI LAHIR BONDA.
Moga perjalanan hidup ini sentiasa dalam rahmat dan lindungannya, moga kita tidak terus hanyut dalam gelombang yg fana ini. Doaku agar mama dan sekeluarga sentiasa dalam jalan yang lurus.
Terima kasih kerna melahirkan kami, you just such a powerful mother. Maafkan kesalahan anak-anak mu ini.
Semoga esok adalah yang baik untukmu bonda.
selamat hari lahir yg ke 44 mama.. i love you so much...




awan berarak ceria

tiada titisan hujan
pohon melambai tanda sokongan
kususuri perjalanan bertemankan senyuman dihari lahirmu


dedaun berguguran

membuktikan kedewasaan
walau tanpa mata dan hadiah
namun cukup untukmu
sekadar ucapan


selamat hari lahir
iringan doa ku hulur
bersyukur kepadaNYA
atas nikmat usia


so tahun ni mau bg mama apa ea???
bapa = cincin
abg n adik = jam, set kerongsang dan gelang
adik = dia ckp "no" hadiah.. mama cakap kat dia "memang org lain ada hadiah, mama tiada" hahaha...
aku=????????
uncle = set mutiara..
mama =  masak sedap-sedap n bg org makan.. bestkan, mama b'day mama yg masak. sorry ma n_n

Monday, October 5, 2009

PadaNya


Bila ku tercipta dari tulang rusukmu
mengapa ku mampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada kerna kau ada
mengapa kau x bisa sendiri saja

Ranumku bukan hiasan
untaian cinta gapai gengaman
yakinkan mimpi dalam iman
Batas ku sedari raut kudratku
lembutnya jiwa sambut nestapa
terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
mahligai cinta merona terlena
senanda iman ku simpan derita
kuatkan hati bersimpuh padaNya...

Saturday, September 26, 2009

Arjuna

ku peluk indah kemanisan cinta ini, semuanya ku rasakan indah...
bagaikan di alam cerita cinta yang hadir bahagia selama-lama..
mengapa kasih tiada kau percaya kebenaran cerita cinta kita.
waktu yang berlalu ini ku rasakan lambat, bagai merantai perjalanan ini,

mengertikah engkau perassan ku ini tak terhapuskan,
malam yang menangis membasah seluruh tubuhku,
ku cuba pertahankan buih-buih cinta yang kian rapuh.
apa yang kugenggam takkan mudah untuk aku lepaskan sayang..
aku terlanjur mencintaimu sayang, telah ku berikan seluruh hatiku padamu
tapi mengapa kau tega melakukanku sedemikian rupa..
aku pun tak mengerti apa yang terjadi, apa salah dan kurangku padamu...

jelaskan padaku kekasih isi hatimu itu
berapa besar kau yakin padaku, untuk tetap bisa bertahan denganku menjaga cinta ini.
pertengkaran yang terjadi, menjadi alasan mu untuk mencari kasih lain..
mengapa kasih.. mengapa selalu aku yg mengalah,
tak pernah kah kau berfikir sedikit tentang hati ku
mengapa ku yang harus selalu mengalah kasih....
pantaskah hatimu masih bisa bersamaku.
kini  telah terlambat untuk disalahkan kerna sekali cinta, aku tetap cinta.

bagaimanakah lagi untuk aku buktikan cinta ini,
selamilah pada kejujuranku,
jadikanku puteri dihatimu arjunaku..

Friday, September 25, 2009

Get Up

Salam Lebaran. selamat hari raya maaf zahir batin.
mohon maaf semuanya.. halalkan segalanya..

PETROLEUM..
aku amek subjek ni, tapi aku baru masuk kelas 2kali, final exam tinggal 3 minggu saja, minggu depan ada ujian petro, tapi nota satu apa pun aku xada. habis la aku. napa aku teruk sangat ni. projek pun lom siap lagi, gila2 teruk..

ayuh bangun, bangkit, buat senaman sikit, goyang-goyangkan bontot, gelek-gelekkan pinggang, gegar-gegarkan segalanya yang patut..
bangun makcik, bangun.. ke garisan.. sedia... lari... huh, tapi badan tetap tak bergerak dari katil. pemalas gilak..

Oii makcik, tak sedar kah?? result ko dah jatuh sem lepas, mau jatuh lagi kah? ko kata maw first kelas kan? lau macam ni, pointer ko memang x naik2 la... ko maw jatuh tersungkur lebur kah? dari 3.70 turun ke 3.20, ko masih tak serik2 lagi kah. punya teruk result ko tu, malu gila aku tengok.. ko tak malu kah... result hampeh, xmalu ka konvo nanti ko jadi orang2 terakhir yang amek scroll tuh.. lau mak ayah ko datang lagi nanti lagi la malu.. buruk gila keputusan macam tu.. malu la sikit, ko tak malu ka?? hah kalau malu, apa lagi, jangan asyik enjoy, jangan asyik ikutkan malas ko tu, sedar sikit.. kalau ko usaha sikit, insyallah boleh naikkan CGPA ko tu. insyallah boleh 3.5 above.. tapi itu pun kalau ko usaha +doa+tawakal, ni aku tengok ko punya la malas nak usaha.. memang malas gila.. kuatkan semangat sikit, tinggal satu sem ja lagi, lawan segala macam perasaan yang ada, orang lain tak akan tolong ko makcik, segala perasaan kecewa, sedih, putus cinta ke hapa tak akan bantu ko apa-apa pun, menjatuhkan ko ada lagi, ko kena ingat, lelaki tu bukan yang terbaik untuk ko. ko mampu dapat yang lebih baik lagi okeh.apa-apa pun doa jangan lupa, hormat ibu bapa ko k. buang ego dalam hati ko tu, ego tu milik Allah.. ko x punya semua tu... hah ingat semua apa yang aku cakap ni!! padan muka ko kena bebel.. hehe..

Wednesday, September 16, 2009

JiWa Ini

Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang
Yang Salah Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul,
Kita Akan Tahu Bagaimana Untuk Bersyukur
Dengan Nikmat Pemberian Dan Hikmah
Di Sebalik Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan Tertutup,
Yang Lain Akan Terbuka
Tapi Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu Yang
Telah Tertutup Itu
Terlalu Lama Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telah pun Dibukakan Untuk Kita.


Kawan Yang Paling Baik Ialah
Seseorang Yang Anda Boleh Duduk
Di Dalam Buaian Dan Berbuai Bersama
Tanpa Berkata Apa-Apa Pun
Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang Pernah Dialami.
Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah Kita
Kehilangannya Dan Juga Benar Bahawa Kita
Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan Sehinggalah
'Ia' Datang.


Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang
Mereka Akan Menyintai Anda Kembali!
Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di Dalam Hati Mereka
Tapi Sekiranya Ia Tidak,
Pastikanlah Ia Terus Mekar Di Dalam Hati Anda.


Ia Cuma Mengambil Masa Seminit
Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang,
Satu Jam Untuk Menyukai Seseorang,
Satu Hari Untuk Menyintai Seseorang
Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang Hidup
Untuk Melupakan Seseorang.


Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu.
Jangan Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan Susut.
Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum
Kerana Ia Cuma Memerlukan Sekuntum Senyuman
Untuk Mencerahkan Hari Yang Suram.
Carilah Yang Membuatkan Hati Anda Tersenyum.


Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan Seseorang
Sehingga Anda Ingin Menggapainya Dari Mimpi Anda
Dan Memeluknya Dengan Sebenar.
Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda Tujui
Dan Jadilah Apa Yang Anda Inginkan
Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan
Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua
Perkara Yang Ingin Anda Lakukan.


Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Diri Anda Menarik,
Percubaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Kuat,
Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan
Dan Harapan Yang Cukup Untuk Membuatkan Anda Bahagia.
Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.
Jika Anda Rasa Ianya Menyakitkan Anda,
Fikirlah Ia Mungkin Menyakitkan Orang Lain Juga.
Kebahagiaan Seseorang Manusia
Tidak Semestinya Dalam Memiliki Segala Yang Terbaik.
Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam
Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka.


Kebahagiaan Terletak Kepada Mereka Yang Menangis,
Mereka Yang Terluka, Mereka Yang Telah Mencari
Dan Mereka Yang Telah Mencuba.
Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai
Kepentingan Manusia Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.
Cinta Bermula Dengan Senyuman,
Mekar Dengan Ciuman Dan Berakhir Dengan Tangisan.
Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan
Kehidupan Yang Lalu Yang Telah Dilupakan.
Anda Tidak Boleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna
Sehingga Anda Melupakan Kegagalan Dan Kekecewaan Masa Silam.


Semasa Anda Dilahirkan, Anda Menangis
Dan Orang Di Sekeliling Anda Tersenyum.
Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti,
Andalah Yang Akan Tersenyum Dan Orang Sekeliling Anda
Pula Yang Akan Menangis.

Wednesday, September 9, 2009

J>A>N>T>A>N

sebenarnya entry ni aku mahu mencarut, mahu memaki-maki, dengan  seorang jantan mati pucuk yg aku x kenal tetiba maki-maki aku... tapi aku kuat kan hati.. sabar.. sabar.. x apa, biaq p kat hang, p mampus la dengan ayat-ayat kau tuh, aku x kan mati dengan makian kau tuh.. sabar... sabar... yang aku x puas hati aku x kenal siapa jantan tuh. huh.. memang x puas hati, jantan tu pun xkenal aku, entah apa mitof dia jadi gila tengah2 malam di bulan puasa nih.. sesungguhnya bersabar itu baik.. dan aku ingat pada sepotong ayat
"orang yang mengutuk orang lain, yang memburuk-burukkan org lain sebenarnya merakala yang lebih buruk dari itu" itu menjadikan aku xmahu maki-maki jantan tuh lebih-lebih...

maaf agak kasar sedikit entry ini..

Sunday, August 23, 2009

Beauty of number

This is what we call pattern of numbers.


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn ' t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, takes a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to
give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say
they are giving more than 100%?
We have all been in situations where
someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here ' s a little mathematical formula
that might help answer these
questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God
will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get
you close, and Attitude will
get you there, It ' s the Love of God
that will put you over the top!
It ' s up to you if you share this
with your friends just
the way I did.
Have a nice day & Allah bless U!!

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN



AHLAN YA RAMADHAN


bulan mu di nanti-nantikan sekalian alam.

alhamdulillah masih diberi berkesempatan lagi.

ada pun hari pertama ni dapat jua aku berpuasa, alhamdulillah.

salam ramadhan muslimin dan muslimat. selamat menyambut ramadhan, moga bulan ini memberi seribu makna untuk kita, menjadi titik tolak kita untuk membuat pembaharuan.
kita setting niat bebaik, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete kan dosa, update doa dan top up ilmu. moga pahala kita makin bertambah insyallah.

mohon maaf segala salah dan silam, samada sengaja atau pun tidak, yang nyata mahupun tersembunyi..

aku mau:

  1. puasa lidah
  2. puasa mata
  3. puasa hati
  4. puasa tingkah laku
  5. puasa tangan, mulut hidung, telinga
  6. lepas ramadahan dpt terus kekal menjaga semuanya

aminnn..

selamat menunaikan ibadah puasa.

Monday, August 10, 2009

entahlah

hari ni aku nak menulis... tulisla apa-apa pun yang aku maw.. ada sapa-sapa nak marah??
aku maw buang segala perasaan yang ada, maw buang segala penat maw buang segala sakit, mau buang segala selesama, maw buang segala rindu, maw buang segala sedih, maw buang segala gembira.....
aku mau kosong, kosong semuanya.. yang ada cuma senyuman di bibir mungil ini... mungil kah??? haha, agak perasan... sekadar senyuman manis yang sedang-sedang saja, yang penting, dia setia....hakhak... manis pun tidak... baik anda ranking nya sendiri boleh????

sweetkan

aku maukan perasan yang biasa saja, yang bisa aku di tahap normal, yang gravitinya mencangkupi graviti bumi, bukan bulan bukan jugak pluto yang sudah terbuang dari 9planet galaxi bimasakti ini.. anda tau kah yang pluto sudah out???? aku pun x pasti kenapa, aku sudah lupa, itukan berita lama... yang penting aku maw biasa, tanpa ada secalit cat pun dalam otak ini, boleh kah begitu?andai boleh, tolong ajarkan aku caranya...



ya aku agak kurang sihat, dah aku telah di bebel2 untuk berjumpa abang doktor... siap di suruh janji disuruh sumpah-sumpah supaya bertemu itu abang... matila...aku sudah berjanji mahupun bersumpah, tapi sampai sekarang aku x buat apa2 tindakan pun. maaf.. sorry, asif...aku malas mau jumpa itu abang doktor, xmaw, xmaw, di situ banyak orang sakit, nanti menjangkit aku yg jadi sakit tengok semuanya, tambahan, H1N1 jua berleluasa amatla aku takut pada klinik mahupun hospital...

amaran untuk semua : demam, batuk, selesma, sakit-sakit badan... sila berjumpa doktor jika terdapat salah satu simptom yang di sebutkan.. titik beratkan tentang ini okeh..

Thursday, August 6, 2009

Its too late......isn't it???

aku mau bilang....

aku rindu... sangat-sangat rindu pada seseorang...

seseorang itu telah pergi, pergi jauh hilang dari pandangan..

far far away.. disappear by rain... lost.... taken by the wind.... away from my life...

can u hear me... its all my fault.. its all my sin... juz remember.. u still in my heart....

my life...still urs in it... plz... u r not erased....

this is an apologetic letter sending to u if u read it..

is it too late to apologise???

Tuesday, July 28, 2009

Relationship

Kadang-kadang kita cuba untuk meghargai sesebuah perhubungan, menyayangi, mengasihi, menghormati, dan memahami. baik keluarga, persahabatan mahupun masyarakat. cuba untuk menjaganya, cuba sebaik mungkin untuk menghargainya sepenuh hati. namun, kadang-kadang ia bagai tidak bererti bagi pihak di sebelah pulak, umpama bertepuk sebelah tangan. kadang-kadang, punya hubungan atau ikatan yang agak lama, sudah sayang bagai nyawa sendiri, bagai adik beradik sendiri bagai keluarga sendiri, tapi tiba-tiba baru kau sedari semuanya tidak di ambil endah oleh pihak lain, dirimu terasa umpama berkasih sendirian, di biarkan bagai tidak bermakna, di abaikan bagai tak kenal atau bagai kenal hanya seperti seorang biasa bukan kenalan rapat.


kadang-kadang semua tertanya di hati, apa sebenarnya yang berlaku, apa salahnya, apa terjadi, di mana silapnya, mengapa begini, mengapa begitu, mengapa menyepi, mengapa tiada khabar berita, mengapa langsung tidak mengambil berat, mengap, dan mengapa. tertanya-tanya, masih menganggapku sebagai kawanmu? masih memerlukan aku? masih kenal lagi kah padaku?? atau sudah punya teman lain, dan menganggapku sebagai teman biasamu saja, sudah punya orang lain, dan menganggpku seperti kenalan biasa sahaja, dan beribu persoalan muncul di minda mahupun di hati.

apakah persahabatan yang ku berikan selama ini tidak bererti, apakah, sekarang aku sudah tidak bermakna buatmu lagi, apakah sekarang aku hanya menjadi tempat persinggahan sahaja, mengapa ya. mengapa aku terasa seperti terasing jauh dan tidak dikenali.


Itula lumrah dalam sebuah perhubungan, ada pasang surutnya, ada tenggelam timbulnya, yang pasti, harus kuat hadapi apa sekalipun, cuba hadapi dengan tenang jiwa, atasi denga hati terbuka..


to my family, i luv u deep inside mah heart..

to all my fwens, u r my superb lovely ones..

to all of u, really appreciate to get knowing y'all..


and, to someone inside my heart, i really dunno this feeling... sorry, you, urself neva help me to find this feelin'....


....juz appreciate with all your relationship.....

....................neva been apart..............................


Monday, July 27, 2009

Senaman

Sapa-sapa yg lahir pada tarikh hari ini, wishing u happy birthday..

waaahhhh.. aku amat penat... amat penat.. sapa suruh maraton jalan 2 hari 2 malam. padan muka kan..hehe.



berjalan adalah aktiviti yang sihat. bagi mereka yang tidak sukakan senaman, jalan adalah senaman yang baik. boleh megetatkan segala otot-otot dan melancarkan peredaran darah. hehe. jua amat bagus untuk meringankan otak, menenangkan fikiran. jika anda berjalan-jalan di pusat komplex yang besar, cuba untuk berjalan di setiap pelusuk komplex tersebut, pasti anda akan merasa sihat, atau anda jua boleh pengsan kepenatan. (jangan lakukan aksi ini, jika anda seorang yang kurus, nanti tinggal tulang ataupun mereka yang asma) hehe.


luangkan masa anda masuk ketempat-tempat permainan yang ada di komplex tersebut, dan mainla segala jenis permainan yang ada, tapi hanya pilih permainan yang menghiburkan hati, contohnya jika anda pergi ke "sunway piramid" pergila pusat permainan yang berdekatan dengan cinema tu dan pilihla mainan yang menggunakan tangan untuk memukul 3 jenis butang berwarna merah, hijau dan biru, itu adalah untuk senaman tangan, dan anda pasti berpuas hati dan ingin bermain lagi, amat di galakan, untuk bermain bersama dua atau tiga orang rakan anda kesannya lagi memuaskan. (peringatan, jangan terlebih sudah, berjimat-jimat ok nanti habis duit membazir).



Makan. makan amatla perlu untuk tenaga, pasti kan anda makan terlebih dahulu sebelum bermain untuk mendapatkan tenaga yang maksimum, jua boleh membakar kalori yang anda makan tanpa menjadikan lemak tepu. (aksi ini jua tidak digalakkan bagi mereka yang kurus okeh!!!) bagi mereka yang kurus di sarankan untuk makan, sebelum dan selepas bermain game. (hahaha).



berhiburla dengan gembira di samping rakan-rakan keluarga dan jua si dia tercinta, sementara anda masih mampu melakukannya. tapi jangan sampai tertinggal perkara wajib!!! hehe..


layan.......



bagi mereka yang mahukan suasana romatis dan tenang, restoran ini adala baik unutk anda, anda akan di alaunkan dengan bunyi-bunyian yang menenangkan dari koleksi lagu2 japan dan korea. pencahayaannya jua cantik dan dekorasi nya jua menyelesakan.



mereka yang mahukan sesuatu yang masam dan menyegarkan pilihla lemon squash. anda yang sukakan green tea jua disediakan, servis isi semula green tea jua disediakan tanpa bayaran lebih, layanan jua bagus, tanpa perlu memanggil pelayan, mereka akan datang unutk mengisi green tea anda jika perlu..







sausage carbonara bagi mereka yang ingin mencuba pasta berperisa cheese. aku bagi 4bintang untuk carbonara ini. tapi di sarankan untuk berkongsi dua orang kerna andai pasti akan kenyang dengan kuantiti yang banyak, tak perlu risau, pinggan lebih telah di sediakan di meja masing-masing.





sausage carbonara di sertakan dengan chicken fried rice.




set pasta bolognese dan curry prawn..

Friday, July 24, 2009

bila aku jatuh cinta....


Aku selalu menulis bila aku rasa sedih dan ingin mengalirkan airmata.. aku x tahu mengapa, mungkin untuk menghiburkan hati... tapi rasanya xjugak.. jadi, adakah aku sedih waktu ini???



Aku ingin bertanya, apa itu cinta, dan bagaimana harus tahu bila dah jatuh cinta?? aku rasa, bukan, aku bukan rasa tapi aku baru ingat, aku telah jatuh, bukan, bukan jatuh cinta tapi aku jatuh terjelupuk hina x bermaya..dua hari kebelakangan ni aku terasa kaki kiri ku amat sakit, bila aku berjalan, bila aku "bend" kaki, sengatan di peha kiri ni sangatla sakit.. aku cuba ingat napa tiba2 jadi macam ni, tadi kawanku tegur, dia perasan dengan perubahan kaki ku, ku katakan sakit, xtau mengapa, dia bilang mungkin jatuh tapi x sedar, seingat aku, aku xada jatuh tuk beberapa masa ni.. huh..aku abaikan saja persoalan itu..

Tapi tadi, masa aku tengah "run" UV-vis (ultraviolet visible instrument, -tau x apa benda ni??sila google saja kan sonang,hehe) baru aku teringat, ya dua malam yang lalu aku memang jatuh, ya baru aku ingat...



Masa tu aku tengah tidur dan tiba2 terjaga kerana mimpi yang seram... ya seram, beberapa malam ini aku kerap mimpi seram..dan kerna kepekatan malam yang jgk agak suram, aku cepat-cepat bangun ingin menghidupkan lampu...aku bangun dan lantas aku terjatuh, "pok" aku besar taw jadi harusla berbunyi ketika jatuh, (haha).. umpama mengangkat sebiji tembikai dan melepaskannya jatuh ke lantai....(sakit okeh). aku x dapat nak berdiri, aku amat tekejut, napa dengan kaki aku??? aku cuba berdiri lagi, dan aku terjatuh lagi.. aku mengengsot naik ke katil.. malas untuk fikir apa-apa, aku biar kan saja dan terus menyambung tidur..



Paginya aku bangun seperti biasa dan seperti telah lupa apa yang terjadi malam tu, aku menjalankan tugas seperti biasa, dan bila petang tiba kaki kiriku mula sakit menyengat.. heran dan keliru...tiba-tiba sakitkan, namun masakan pokok bergoyang kalau xada angin, xpun, masakan dapat anak kalu x ehem2 kan.hahaha... kini baru ku ingat memang aku terjatuh... andai ada kebakaran..aku memang x mampu nak lari..andai di kejar anjing..memang selamat aku digigitnya..

Dulu aku seorang pelari pecut.. 100m adalah fevret ku (dulula zaman muda2).. bila ingat keadaan sekarang, belari pun x mampu, aku teringat pada mereka yang xpunya kaki untuk bergerak, betapa mereka amat mahu berjalan, coba jugak untuk berdiri, tapi xmampu, itu la yang ku rasakan malam itu. aku x tahu mengapa tiba2 jadi begitu.. namun dalam hati ini, ku titipkan berjuta kesyukuran kerna di beri tubuh badan yang sempurna.. kenapa masih terlintas dalam hati ketidakpuasan, kenapa masih mahu bedah sana bedah sini untuk kelihatan cantik dan menawan.. cukupla sekadar menjaga kesihatan, dan kebahagiaan. bersyukur dengan apa yang ada dengan lafaz ALHAMDULILLAH.. guna la anggota yang ada untuk kebaikan...selama ini aku amat alpa dengan apa yang aku miliki...kini aku bersyukur....manusia memang mudah lupa, begitula jua aku..



Kini.. aku sendiri x tahu di mana sakitnya kakiku, ku lihat bengkak memang xada, namun sakitnya ada, tidak jugak seperti terseliuh, tapi kurasa seperti tulang ku bengkak..tapi, xtahulah... silap langkah aku pasti akan jatuh tanpa perkiraanku.... tu lah kan, mungkin ini peringat dr Yang Maha Esa kan....ku bersyukur dengan pemberian MU tuhan.... alhamdulillah.. sakit ini kusertakan dengan senyuman di bibir kerna tahu Kau titipkan sayangMu pada hambaMU ini...



Bila rasa seperti ini, aku mula jadi sensitif, bila orang bercakap kasar padaku, aku terasa amat sedih... erm tapi aku teringat cerita japan "1 liter of tears" amat sedih kisah ni, berkisar pada kisah benar seorang remaja perempuan yang amat kuat mengharungi hidup walaupun kematian adalah penantian... masih ada lagi yang lebih sengsara dari kita...


P/s:sapa belum layan drama "one liter of tears" sila la layan.best tau, sedih dalam masa yang sama kita rasa bersyukur dan bersemangat wajah...



Wednesday, July 22, 2009

Siapa???????

Mana?? Siapa?? Siapa telah mencuri hatimu, mari aku sekeh budak tu, aku belasah cukup2, cepat bilang padaku, siapa org itu, bilang siapa, bilang saja bila kau mahu.....


Aku nak buat pengakuan di sini, dari duli2 yg mulia sultan2 sekalian alam, bahawasannya aku x pernah mencuri okeh, apatah lagi mencuri hati org. dosa besar taw. Hehe, hati aku sudah cukup tuk buat aku bernafas..huhu




Eh kamu ok kah? Kamu baik kah? Sudah jumpa hati kamu?? Macamana kamu boleh hidup tanpa hati?? Kamu tipu aku kah??kamu memang nakal… meh sekeh cket… pakkkkkk!!! Padan muka.. aku x mau tolong kamu cari hati kamu lagi..hehe







owh... cuaca ari ni sgt bagus... amat bagus okeh, sehingga aku x mau meninggalkan katil yang empuk ini, namun ku harungi jua segala badai yang menimpa semata2 ingin attend ke kelas. hari ini aku gigih jalan kaki ke kelas,sangat gigih sebab manusia telah membanjiri stesen bus mahupun teksi, dengan berbekalkan semangat wajah, aku melangkah menuju puncak gemilang cahaya...namun hampeh!!! kelas cancel okeh, bak kata si dia "DAMN".. hahaha







Eau de Parfum.. pernah dengar word ini??? Eau de toillete?? owh toilet adalah rumah ke duaku. hahaha.. aku baru perasan, bila adik aku tegur aku seorang yang agak gila pada wangian, i mean perfume.. walau hari ini aku baru saja membeli sebotol minyak wangi, tp bila esok aku terjumpa lagi pada sebotol minyak wangi yang best aku akan beli.. tp peringatan, aku x beli yang mahal2 okeh, hanya ehem-ehem ringgit saja, aku xpunya uwang, aku miskin saja... dan adik aku la selalu bebel2 aku, "murah???ko nie, xtahu kah nilai wang itu amat berharga, meh sini aku nak bagi ko sedar betapa nilai wang itu amatla penting walau cuma rm10" dan macam2 lagila aku dengar bebelan dia tuh.. dan aku hanya mampu tersenyum.. tapi jangan xpercaya, esok-esok... "kak, aku amekla sebotol minyak wangimu ni k" "kak nanti belikan aku minyak wangi lagi" hahaha, hampeh kan?? dan minyak wangi aku selalu jadi mangsa. Tidak, jangan marahkan aku, marah pada hidung aku, hidung aku elergic pada bau2an. aku sukakan suatu yang wangi, dan harusla aku mahukan suatu yg wangi. bukan, bukan wangian yang menyengit Hidungku mahupun dadaku yang berombak ini, hahaha....

Luasnya Lautan

Tutup matamu untuk sebentar, buka perlahan..bayangkan di hadapan mu sebuah lautan yg luas dan amat indah d pandang.. tenangnya mendamaikan hati, cantiknya mengusik jiwa. namun bila sang ombak hadir xhenti2, lalu atma mu mula celaru, nurani mu mula xtentu... bertenang sayang, ombak itu pasti akan hilang, pasti akan berhenti, dan ingat ia pasti akan datang semula.. begitu jua hidup ini, silih berganti cabaran muncul dan pergi.
Aku amat bersyukur punya keluarga dan teman di sisi ku, sentiasa hadir di sekelilingku. lantaran itu aku sentiasa inginkan kebahagian utk mereka. mana mungkin kita bisa tersenyum melihat org-org ini menangis. mana mungkin kita masih ketawa melihat org-org ini menderita..tidak, aku xsanggup, aku tahu, kamu jua xsanggup kan. ya betul aku anak kedua dlm keluargaku, mereka bilang, anak kedua punyai hati yg pentingkan diri sendiri, dan aku x tahu siapa mereka itu yg berkata demikian. namun itu bukan teori mahupun fakta, itu tidak pernah wujud dlm mana2 kajian dan hanya menjadi persoalan.

aku rela memberikan apa saja, berkorban apa saja agar org di sekeliling ku ini bahagia dan gembira, aku sanggup tidak punyai apa-apa sekali pun, tidak miliki apa jua sekalipun agar aku melihat mereka ini bahagia. kerna kebahagiaan mrk itu la kebahagiaanku.


maafkan aku bonda, maafkan aku ayahanda, aku bukan ank yg baik, maafkan aku abg, aku bukan adik yg baik, maafkan aku adik, aku bukan kakak yg baik, maafkan aku jua teman aku bukan kawan yg baik..


namun ketahuila, aku sanggup memberikan apa saja untuk kalian agar kalian gembira, aku mahu memberikan yg terbaik untuk kalian, walau hari ni aku pasti aku punyai sebuah permata, permata itu milikku, namun untuk kebahagiaan kalian, aku sanggup berkongsi, dan memberi permata itu pada kalian, bukan aku xsayang permata itu namun aku tahu, aku x layak menyimpan permata itu, jauh sekali utk memilikinya.


demi kebahagiaan kalian kegembiraan kalian, aku sanggup x miliki semua itu....namun aku tahu aku xmampu tuk menjadi yg adil...... ketahuila adik2ku, aku sentiasa medoakan kesejahteraan kamu, aku sentiasa menginginkan kebahagian kamu, sebelum mata ini tertutup..maafkan aku xbisa menjadi yg terbaik utk kamu, aku sorg yg x berguna....

ketahuila teman2 ku, setiap apa yg ku ucapkan adalah yg terbaik untuk kamu, setiap apa yg ingin ku lakukan adalah utk kebahagiaan kamu.. aku x layak utk kamu, justeru itu aku mencarikan kamu sesuatu yg lebih baik untuk masa depan kamu. aku ibarat enggang yang x layak berdampingan dgn pipit, manakan dapat terbang sama tinggi duduk sama rendah.. aku sedar aku ini siapa....

walau esok aku hanya tinggal sendiri, x miliki apa jua, x punya apa pun, namun agar kalian bahagia, aku redha, aku gembira melihat kegembiraan kalian... sayangku pada kalian sampai ku menutup mata....aku x tahu bicara tentang sayang, aku x tahu mempamerkan cinta, walau kalian melihat aku seperti tunggul x punya perasaan, ketahuila dlm sanubari ini, hanya di penuhi perasaan kasih,syg dan cinta untuk kalian.

walau esok kubuka mata, melihat luasnya hamparan lautan dan ku dapati hanya ku sendiri meniti tiap bait ombak itu, masih sendiri melihat desiran pantai... namun aku bahagia bila kalian bahagia...dan aku akan cuba mencari sebutir batu sahaja, walau suram, akan kubersihkan batu itu, jadikan ia berkilat, walau x sama kilauan permata atau berlian, aku tahu di dalamnya tersirat seribu kecantikan. akan ku jaga batu itu sebaiknya, kerna aku tahu, diriku hanya layak memiliki sebuah batu dan bukan permata... seorang spertiku yg xpunya apa2, yg x tahu apa2, yg x punya istimewa, yg jua menyakitkan setiap mata yang memandang, hanya mampu memiliki sebutir batu yg tiada kilau pancarnya..sama sepertiku...

ku tutup mata..ku masih melihat birunya lautan itu....

Tuesday, July 21, 2009

kaca???

andai kau temui permata yang berharga, apa kau akan buat?? bagi pada org lain?? jual?? sedekah??.. erm, aku jua di ajukan pertanyaan ini. tentula akan di simpan permata itu menjadi milik sendiri kan. tapi bukan tamak. bukan jua pemurah.
cuma, masih ragu2, punya aku kah permata itu? masih tertanya2, betulka permata tu milik aku. andai permata itu blh berkata2 "aku milik kamu sekarang" "simpanla aku, aku ingin bersamamu" "kamu tuan aku". pasti ragu2 akan pergi dan keyakinan muncul di hati. tapi, permata itu sepi, menjadikan keraguan makin bergunung tak henti.. emm, kau pernah dgr soalan ini "apa itu kecil, tp lebih besar dr gunung, lebih luas dari langit, kau sendiri memilikinya, sentiasa membawanya kemana2, amat ringan dan tidak berat?"
tp, bukan soalan itu yg membenak di minda, tp permata itu..... berkatalah wahai permata.... aku perlukan suaramu.....

mengapakah aku seringkali terkeliru, membeza antara kaca dan permata yang sebenar...

Monday, July 20, 2009

bikini??

aku punya teman.. ah, ah, ah

teman sepermainan.. ah, ah, ah

Ke mana ada dia selalu ada aku

Dia amat manis

Dan juga baik hati

Dia slalu ada waktu untuk membantuku...
okeh,cukup, cukup....

ya aku punya sorg teman.... orgnya comel, cute, manis, baik, menghiburkan, jua menarik..dan dia punya aset yg canteq.. aku jeles okeh. hahaha.. (jgn mrh syg)

okeh aku dah puji2 ni nanti blanja aku mkn k.hehe..


baru-baru ni bufday dia, 17/7/09.. what a nice number kan...aku suka nombor itu..

but, i'm so sorry ma fwen.... xdpt nk smbut bufday kamu.. aku syg kamu, dan aku jua ingat bufday kamu... nanti kita hangout n "celeburit" ur bufday k. insyallah. kita g genting 2 weeks from now k.tp kamu harus ke klinik dulu, kamu sakit kan, hopefully bukan H1N1. jgn fikir itu k, kamu pasti sihat, aku doa untuk kamu jgk.. kamu pasti sihat syg..

doaku sentiasa utkmu. biar kita sama2 menuju akhirat yg baik, jadi ank solehah. jadi teman yg setia. padaku, kamu amat istimewa.. punyai kamu, aku amat bersyukur dan gembira.
dari kita belasan tahun hingga duapuluhan... hahaha, kita sudah tua...


"HAPPY BIRTHDAY SAYANG"

wishing all luck in ur life.. whateva u do, whateva will come up juz face it and dun 4get that i'll be by urside anytime, anywhere.. i luv u....
ini kek utk kamu, rasa2 muat x?... hiks..



Thursday, July 16, 2009

jahat vs budak???

aku ingat...
sampai skg aku ingat okeh.. kiranya aku ni agak jahat la jgk. jahat dlm lmbut @ayu, haha matila aku ni x ayu langsung okeh.

masa aku tingkatan satu dulu, adalah seorang budak lam kelas ni yg agak gedik la, byk eksyen, ckp lebih, n a little bit menipu la mcm tue..

so one day kami wat lah sonita monita. yg main jaga2, aku jaga ko, ko jaga aku.. boleh??hiks
tp dgn syarat ko x boleh tau ya aku jaga ko dan ko x blh tau sapa jaga ko. and kena senantiasa hantar kabar okeh. tulis surat la mcm tu atau lau baik bagi makanan sekali letak bawah meja or mana2 pun x kisah asal org xtau.end of the game mesti sediakan 2 hadiah , 1 tuk sonita, 1 tuk monita.(penjaga dan yg di jaga)

then, aku ni dptla budak yg di katakan gedik itu, aku namakan dia Ella la keh..aku kene jaga dia, dan x sangka dia pulak jaga aku, mcm ada jodoh je.. so end of the game kami pun bertukar2 hadiah dan dpt la tau sapa yg jaga kita tuh. aku dpt keychain mickey n minnie dr c Ella tue.. aku suka sgt wei.. mickey memang fevret aku...
unfortunately, ko tau apa aku bg dia? aku bg dia sebuah cermin yg mana aku tulis kat cermin tue "cerminla diri anda sendiri". jahat x aku? amat jahat kan. jahat sgt kan??? tp kan bdk tu memang patut kene mcm tue okeh.. hehe.. aku buat tu pun atas sokongan kawan2 jugak okeh. kerjasama okeh...hikhik. jagan marah aku..hehe

then masa tingkatan 2 bdk tu dah pindah dah. ramai x suka kan dia, dan dgr2 dia ada wat hal masa tue..

baru2 ni aku terjumpa ngan dak tu kat shah alam masa aku tgh tgu kwn. huhu, masa tue kan aku rasa malu sgt. dan aku sempat gak lah minta maaf, tp dia tetap tdk berubah okeh. hiihihi..
so jgn mrhkan nyamuk, boleh tak? hehe

Thursday, July 9, 2009

Arnab

ini gigi arnab okeh..

Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp

sapa bilang gigi aku mcm arnab?

sapa? sapa tue, cpt ngaku? aku gigit kang merasa la ko arnab okeh!!

ini gigi aku...

aku pula adalah manusia dlm english di panggil human dan scientific name Homo sapiens okeh!!! x sama okeh..

sila tonjol kan diri anda yg cakap aku arnab tuh..

cerita rindu

aku rindu..





rindu sgt....





di mana dia...





aku sgt2 rindu...





rindhu nieeeeee.....





di mana gerangan kamu...





maw nangis nihh......






kakak rindukan ady....

gud lak PMR k.. jgn asyik ngan robotik je..

Wednesday, July 8, 2009

MaWaR vs DURI..an

sumone had sent red rose for me.... thanx so much, but i dun need it, but still appreciate it.

sy x kenal kamu... kamu siapa? kenapa bg maWar itu pada sy? more to say..

sy x perlukannya.... maWar itu berduRi.. ya, berduRi... payah maw pegang okeh... BERDURI
sy x maw...... pergi la jauh wahai sang maWar..

DuRiaN......

much of thanx..

durian serta sekontena tempoyak itu...

terima kasih teman..

itu durian pahang...

dia punya kebun sendirik..

sedap.. lemak berkrim...

tp maaf...aq telah meghabiskannya..hehe

skg tekak aku sudah panas.. padan muka....

terima kasih utk durian itu dan jgk pada si penghantar maWar..

mawar itu pasti layu... durian itu jadi lemak tepu...

arigato na..

BaJu CinTa

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".. "Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya ha! rap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.... "Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi. "BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun! ..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer... .."

KenaPa??

kenapa apa????

aq create blog ni pun sbb aq maw baca blog org. lau aq xda blog ni, aq x leh baca blog mrk2 yg aq suka....... jadi apa harus aq buat pd blog yg xberupa ini......